ITINERARY UMRAH STANDARD
12 Hari 10 Malam
Sektor Kuala Lumpur – Jeddah | Madinah – Kuala Lumpur
HARI 01 KUL/JED/MEKAH
Para jemaah diminta berada di KLIA balai perlepasan 4 jam sebelum waktu berlepas. Bagi jemaah wanita hendaklah memakai ihram dari rumah dan bagi jemaah lelaki boleh pakai di KLIA. Para jemaah akan di bawa berangkat ke MEKAH AL-MUKARRAMAH. Urusan daftar masuk akan dibantu oleh kakitangan kami sebelum meneruskan penerbangan ke JEDDAH.
Setibanya di Jeddah, jemaah akan dibawa menaiki Bas terus ke MEKAH, dan dibawa ke hotel penginapan masing-masing mengikut tempahan pakej.
Selesai Check in hotel – Jemaah diminta berehat dan makan terlebih dahulu dan membuat persiapan diri sebelum dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah Wajib. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.
HARI 02 MAKKAH
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram
HARI 03 ZIARAH LUAR 1 (UMRAH KE-2)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MEKAH. Tempat-tempat lawatan adalah JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 04 ZIARAH IMAN
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.
HARI 05 ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE-3)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi luar KOTA MEKAH. Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 06 MEKAH
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.
8.00 MALAM (Selepas Isyak) – Semua Jemaah berkumpul di bilik Urusetia HOTEL RETAJ ALBAYT & SUITE untuk sesi taklimat pulang / bacaan tahlil / doa / DAM / serta penerangan berkaitan Tawaf Wada’.
(MAKAN MALAM ISTIMEWA NASI ARAB YAMAN)
HARI 07 MEKAH/MEDINAH
7.00 PAGI – (Selepas Sarapan) Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat ke MEDINAH. Jadual bertolak ke Medinah pada JAM 10.00 pagi.(Jadual bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan Muassasah Saudi).
Makan di R & R akan disediakan***
5.00 PETANG – Insyallah dijangka tiba di Medinah, Jemaah terus dibawa ke Hotel masing-masing mengikut tempahan pakej & beristirehat.
Tiba di medinah, Jemaah akan diberi taklimat berkaitan jadual solat/ziarah Rasulullah SAW/DLL.
HARI 08 MADINAH (ZIARAH DALAM)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi dengan menziarahi Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah.
Selesai ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
HARI 09 ZIARAH IMAN
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar kawasan Masjid Nabawi seperti Ziarah Ashabul Suffah, Raudhah, Telaga Tolhah B.Abdullah, Rumah Sayyidina Osman, Masjid Abu Bakar, Masjid Sayyidina Ali, Masjid Bilal B.Rabah, Masjid Ghumamah dan Tsaqifah bani Sa’idah.
HARI 10 ZIARAH LUAR
Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA. Selesai ziarah, jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi.
Selepas ziarah, Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
8.00 MALAM – Selesai solat Isyak, para Jemaah akan diberi taklimat persiapan pulang ke tanah air.
HARI 11 MEDINAH/KUALA LUMPUR
7.00 PAGI – Sebelah pagi para Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi. Jemaah diminta untuk melaksanakan ziarah Wada’ selepas waktu Zohor. Jadual bertolak ke Airport Madinah Empat (4) JAM sebelum berlepas.(Jadual bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan Muassasah Saudi).
HARI 12 KUALA LUMPUR
Dijangka sampai di Kuala Lumpur. Insyaallah
** Semua aturcara / jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa NOTIS dan KELULUSAN VISA Oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi.