ITINERARY UMRAH STANDARD
12 Hari 10 Malam
Sektor Kuala Lumpur – Madinah | Jeddah – Kuala Lumpur
HARI 01 KUALA LUMPUR / MEDINAH
Berkumpul di KLIA 1, Balai perlepasan EMPAT (4) Jam sebelum berlepas. Urusan daftar masuk akan dibantu oleh kakitangan DELLEVEN TRAVEL. Tiba di Airport Medinah, Jemaah dibawa menaiki bas ke Hotel penginapan masing-masing mengikut tempahan. Taklimat berkaitan jadual solat/ziarah Rasulullah SAW/DLL akan disampaikan oleh wakil Delleven Travel semasa tiba di hotel.
HARI 02 MEDINAH – (ZIARAH DALAM)
7.00 pagi Selepas sarapan pagi, Jemaah akan dibawa ziarah Maqam Rasulullah SAW dan para sahabat, Raudhah dan Perkuburan Baqi’. Jemaah muslimat akan dibantu oleh Mutawwifah untuk ziarah Raudhah.
HARI 03 MEDINAH – (ZIARAH LUAR)
7.00 pagi Selepas sarapan pagi, Jemaah akan dibawa ziarah sekitar KOTA MADINAH termasuk MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA. Selesai ziarah Jemaah bebas melakukan ibadah di Masjid Nabawi.
HARI 04 MEDINAH – ZIARAH IMAN
7.00 pagi Selepas sarapan pagi, Jemaah akan dibawa ziarah sekitar perkarangan Masjid Nabawi, Perkuburan Baqi’, Muzium, Masjid Saidina Ali, Masjid Abu Bakar, Masjid Bilal bin Rabah, Masjid Ghumamah, Thaqifah bani Saidah DLL tempat bersejarah.
Selesai ziarah – Taklimat keberangkatan ke kota mekah
HARI 05 MEDINAH / MEKAH
10.00 pagi – Bertolak Ke Kota Mekah – Berhenti di MASJID BIR-ALI untuk BERNIAT IHRAM UMRAH. (Masa bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan pihak Muassasah Saudi).
3.00 PETANG – Jangkaan tiba di Mekah dan check In Hotel mengikut tempahan pakej masing-masing.
Selesai Check in hotel – Jemaah diminta berehat dan makan terlebih dahulu dan membuat persiapan diri sebelum dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah Wajib. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.
HARI 06 MEKAH
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.
HARI 07 MEKAH – ZIARAH LUAR I (UMRAH KE 2)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MEKAH. Tempat-tempat lawatan adalah JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 08 MEKAH – ZIARAH IMAN
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi sekitar Masjidil Haram. Tempat-tempat lawatan seperti tempat Kelahiran Rasulullah Saw, Masjidil Haram & Kaabah Al Musyarafah, Perkuburan Mu’allah, Masjid Jin, Masjid Syajarah, Jabal Qubais, Dar Arqam, Darul Nadwah DLL.
HARI 09 MEKAH – ZIARAH LUAR 2 (UMRAH KE 3)
7.00 PAGI – Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi luar KOTA MEKAH. Seterusnya Jemaah akan bermiqat di Hudaibiyah dan Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.
HARI 10 MEKAH
Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah sunat di Masjidil Haram.
8.00 MALAM (Selepas Isyak) – Semua Jemaah berkumpul di bilik Urusetia HOTEL RETAJ ALBAYT & SUITE untuk sesi taklimat pulang / bacaan tahlil / doa / DAM / serta penerangan berkaitan Tawaf Wada’.
(MAKAN MALAM ISTIMEWA NASI ARAB YAMAN)
HARI 11 MEKAH / KUALA LUMPUR
7.00 PAGI – (Selepas Sarapan) Jemaah hendaklah melaksanakan tawaf Wida’ sebelum berangkat meninggalkan Kota Mekah. Jadual bertolak ke Airport Jeddah JAM 3.00 petang.(Jadual bertolak sebenar tertakluk kepada pelepasan Muassasah Saudi).
HARI 12 KUALA LUMPUR
Insyallah Selamat Tiba Di Kuala Lumpur.
** Semua aturcara / jadual penerbangan adalah tertakluk kepada perubahan tanpa NOTIS dan KELULUSAN VISA Oleh Pihak Berkuasa Arab Saudi.